Tak lama lagi dah nak masuk smbung study balik...huhhuuhu...sesak balik la kpalaku ini...tak pa..x lama dah nak abis..just go on..
Friday, June 25, 2010
Wednesday, June 16, 2010
Syukur...
Alhamdulillah baru dapat on balik nk mnulis kat blog ni...huhuhuuhhu....Al-maklumlah bnyk knduri musim cuti ni...x sempat nak update la katakan..Kawan2 yang dah bina masjid pn makin bertambah..haha..tahniah to all my friend yg selamat mlansungkan walimatulurus musim cuti ni...moga berkekalan hingga keakhirnya...amin yarabbal alamin.
Posted by Umar_UNITE at 9:35 AM 0 comments
Friday, June 11, 2010
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah aku dapat menghirup udara yang segar lagi pg ni...Bla nk ada show lg nie...huhuhu...x pa kita tunggu ja.ada rezeki ada la nnti...
=)
Posted by Umar_UNITE at 7:16 AM 0 comments
Thursday, June 10, 2010
Obsess cantik!
~Wanita dan dunia kecantikan~
Obsess atau keinginan untuk kelihatan cantik, menarik dan menjadi perhatian sememangnya kerap mendominasi pemikiran wanita. Malahan istilah "cantik" idak pernah diungkap bagi menghurai fizikal dan pembawaan seorang lelaki. hal ini kerana sifat semula jadi lelaki yang kasar dan lasak menolak sama sekali istilah"cantik" mewakili golongan mereka.
Ya, siapa yang tidak ingin kelihatan cantik? setipa manusia menyukai kecantikan dan keindahan, malah Allah SWT sendiri mengaitkan diri-Nya dengan sifat cantik dan menyukai kecantikan. Permasalahan mengenai hal yang menghalang kecantikan seperti jerawat dan jeragat, kulit kusam dan lebam, selulit melilit di kulit, kulit kendur, mata sembap, bibir lebar, dagu berlapis, hidung pesek, perut memboyot, lengan kembang, rambut gugur, badan gemuk atau kurus yang melampau pelbagai lagi masalah yang memburukkan fizikal membuatkan hidup wanita yang menghadapinya berada dalam kemurungan, kesedihan, kemarahan, ketakutan an kegelisahan hingga ada yang menghidapi penyakit kejiwaan akibat terlalu tertekan dengan kekurangan diri. Fikiran mereka selalu membayangkan gambaran tubuh badan yang ramping muda, berkulit cerah dan mempunyai rupa paras yang jelita. Bukan itu sahaja, keinginan wanita untuk kelihatan cantik turut mengambil kira pemakaian perhiasan diri seperti barang kemas sehingga kalau boleh sekujur badan mahu dipenuhi dengan untaian mutiara, intan, berlian dari hujung kaki hingga ada yang sanggup berhabis-habisan untuk kelihatan 'cantik'. Semua ini ada kaitannya dengan persepsi dan harapan masyarakat sendiri yang memandang tinggi terhadap kecantikan seseorang wanita yang kenyataannya sering dinilai dari sudut luaran menyebabkan munculnya pertandingan ratu cantik dan yang seumpama dengannya sebagai ukuran wanita yang cantik. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran setiap yang bergelar wanita.
Dipetik dari Sinar Rohani
Oleh : Mohamad Abd Satar
Posted by Umar_UNITE at 12:10 PM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
SeKadar renungan...
Saidina Ali pernah berkata,:"Sesungguhnya, hati itu boleh menjadi bosan seperti badan. Oleh itu, carilah kebijaksanaan demi kepentingan hati. Rehatkanlah hatimu seadanya, kerana hati itu apabila tidak suka boleh menjadi buta".
Posted by Umar_UNITE at 12:14 AM 0 comments
Monday, June 7, 2010
Kesenian
Sesungguhnya, dunia seni amat indah dan sensitif, disukai dan dicemburui tidak kurang dieksploitasi sehingga menjerumuskan seniman ke lembah maksiat.Asalnya seni itu sendiri bersifat murni dan amat bermanfaat untuk membangunkan hati nurani manusia. namun dewasa ini seni hiburan dilihat dari perspektif negatif. Ia dilihat banyak memesongkan akhlak dan pemikiran masyarakat. Realitinya, masyarakat Islam kini sedang dihujani ancaman "kasenian sumbang" yang disalurkan melalui pelbagai media dan menjadi kesukaan ramai. Seni muzik seperti ini merupakan sesuatu yang melalaikan dan mendorong manusia melakukan kemungkaran. Dengan perkataan lain jauh sekali dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian, zikir, ketakwaan dan keimanan.
Rasulullah SAW melarang sebarang hiburan yang mengandungi unsur maksiat.Nasyid, berzanji, marhaban yang sarat dengan nilai-nilai keagamaan yang membawa kepada kemurnian hati menjadi medium hiburan yang tersohor dalam islam. Lagu-lagu seperti inilah yang dinyanyikan kaum Ansar di Madinah ketika menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sementar itu Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peperangan badar sambil memukul gendang. Berbeza dengan lagu yang bersifat keras seperti Black metal yang akhirnya meransang kegelisahan hati nurani manusia dan membawa kepada keganasan. Semua ini amat dilarang dalam islam. Pendek kata sama ada muzik mahupun seni kata lagu kedua-duanya harus mengandungi mesej kearah pembentukan akhlak yang mulia dan tidak melanggar batas-batas akidah islam. Lagu-lagu cinta yang memuja perasaan terhadap wanita secara berlebih-lebihan adalah haram dan hendaklah dijauhkan.
Jadi sokonglah industri nasyid kita.
"tepuk dada tanya iman".
dipetik dari: Sinar Rohani
Posted by Umar_UNITE at 11:31 AM 0 comments
Bilakan Damai?
Bilakan Damai?
Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada
Tubuh-tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana ramai yang kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan
Anak kecil bertanya bimbang
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Bilakah pula ayah akan pulang?
Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa pembantaian
Suara tangis menjadi syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan
Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?
Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan
Lagu : Hafiz Hamidun
Lirik : ITOLara (Gurindam Entertainment)
Posted by Umar_UNITE at 12:00 AM 0 comments
