BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Lirik Lagu Cinta Agung by Diwani

Cinta Agung

Album :
Munsyid : Diwani


Ya Allah engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhmu

Ya Allah engkau sumber bahagia
Engkaulah keselamatan
Ya Allah engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

chorus
Ya Allah engkau cinta agungku
Cintaku haraplah di balas
Ya Allah engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak di balas

Jangan biarkan aku tanpa bimbingan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

semoga kita semua dapat mengahayati bait-bait lirik lagu ini...=)

Bersama Kumpulan Munawwar SMKAA

Bersama Kumpulan Munawwar SMKAA
Show Hari Anugerah Kecemerlangan.

Search This Blog

Monday, June 7, 2010

Kesenian

Sesungguhnya, dunia seni amat indah dan sensitif, disukai dan dicemburui tidak kurang dieksploitasi sehingga menjerumuskan seniman ke lembah maksiat.Asalnya seni itu sendiri bersifat murni dan amat bermanfaat untuk membangunkan hati nurani manusia. namun dewasa ini seni hiburan dilihat dari perspektif negatif. Ia dilihat banyak memesongkan akhlak dan pemikiran masyarakat. Realitinya, masyarakat Islam kini sedang dihujani ancaman "kasenian sumbang" yang disalurkan melalui pelbagai media dan menjadi kesukaan ramai. Seni muzik seperti ini merupakan sesuatu yang melalaikan dan mendorong manusia melakukan kemungkaran. Dengan perkataan lain jauh sekali dikaitkan dengan ketenangan, kedamaian, zikir, ketakwaan dan keimanan.

Rasulullah SAW melarang sebarang hiburan yang mengandungi unsur maksiat.Nasyid, berzanji, marhaban yang sarat dengan nilai-nilai keagamaan yang membawa kepada kemurnian hati menjadi medium hiburan yang tersohor dalam islam. Lagu-lagu seperti inilah yang dinyanyikan kaum Ansar di Madinah ketika menyambut kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sementar itu Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peperangan badar sambil memukul gendang. Berbeza dengan lagu yang bersifat keras seperti Black metal yang akhirnya meransang kegelisahan hati nurani manusia dan membawa kepada keganasan. Semua ini amat dilarang dalam islam. Pendek kata sama ada muzik mahupun seni kata lagu kedua-duanya harus mengandungi mesej kearah pembentukan akhlak yang mulia dan tidak melanggar batas-batas akidah islam. Lagu-lagu cinta yang memuja perasaan terhadap wanita secara berlebih-lebihan adalah haram dan hendaklah dijauhkan.

Jadi sokonglah industri nasyid kita.
"tepuk dada tanya iman".

dipetik dari: Sinar Rohani

0 comments: