BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Lirik Lagu Cinta Agung by Diwani

Cinta Agung

Album :
Munsyid : Diwani


Ya Allah engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhmu

Ya Allah engkau sumber bahagia
Engkaulah keselamatan
Ya Allah engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

chorus
Ya Allah engkau cinta agungku
Cintaku haraplah di balas
Ya Allah engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak di balas

Jangan biarkan aku tanpa bimbingan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

semoga kita semua dapat mengahayati bait-bait lirik lagu ini...=)

Bersama Kumpulan Munawwar SMKAA

Bersama Kumpulan Munawwar SMKAA
Show Hari Anugerah Kecemerlangan.

Search This Blog

Thursday, June 10, 2010

Obsess cantik!

~Wanita dan dunia kecantikan~

Obsess atau keinginan untuk kelihatan cantik, menarik dan menjadi perhatian sememangnya kerap mendominasi pemikiran wanita. Malahan istilah "cantik" idak pernah diungkap bagi menghurai fizikal dan pembawaan seorang lelaki. hal ini kerana sifat semula jadi lelaki yang kasar dan lasak menolak sama sekali istilah"cantik" mewakili golongan mereka.

Ya, siapa yang tidak ingin kelihatan cantik? setipa manusia menyukai kecantikan dan keindahan, malah Allah SWT sendiri mengaitkan diri-Nya dengan sifat cantik dan menyukai kecantikan. Permasalahan mengenai hal yang menghalang kecantikan seperti jerawat dan jeragat, kulit kusam dan lebam, selulit melilit di kulit, kulit kendur, mata sembap, bibir lebar, dagu berlapis, hidung pesek, perut memboyot, lengan kembang, rambut gugur, badan gemuk atau kurus yang melampau pelbagai lagi masalah yang memburukkan fizikal membuatkan hidup wanita yang menghadapinya berada dalam kemurungan, kesedihan, kemarahan, ketakutan an kegelisahan hingga ada yang menghidapi penyakit kejiwaan akibat terlalu tertekan dengan kekurangan diri. Fikiran mereka selalu membayangkan gambaran tubuh badan yang ramping muda, berkulit cerah dan mempunyai rupa paras yang jelita. Bukan itu sahaja, keinginan wanita untuk kelihatan cantik turut mengambil kira pemakaian perhiasan diri seperti barang kemas sehingga kalau boleh sekujur badan mahu dipenuhi dengan untaian mutiara, intan, berlian dari hujung kaki hingga ada yang sanggup berhabis-habisan untuk kelihatan 'cantik'. Semua ini ada kaitannya dengan persepsi dan harapan masyarakat sendiri yang memandang tinggi terhadap kecantikan seseorang wanita yang kenyataannya sering dinilai dari sudut luaran menyebabkan munculnya pertandingan ratu cantik dan yang seumpama dengannya sebagai ukuran wanita yang cantik. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran setiap yang bergelar wanita.

Dipetik dari Sinar Rohani
Oleh : Mohamad Abd Satar

0 comments: